HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Monday, December 14, 2015

Tahniah

Assalamualaikum, Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon pt3 2015 terutama anak-anak Millenium Batch a.k.a. Miletch. Tahniah kepada siapa yang dapat 11A tu.huhu. Untunglah melepasi target sekolah. Bangga cikgu-cikgu, mak ayah. Tahun ni sekolah aku 11 orang dapat 11A. Memang dah melepasi target tu. Apa-apa keputusan pun syukur kerana keputusan yang kita dapat tu adalah yang terbaik buat kita. Yang penting dah usaha.

muka-muka 11A dan 10 A

Sunday, December 13, 2015

Help me


Assalamualaikum,semalam aku balik kampung. Hari ni dah balik Kl dah. Dekat kampung memang pishang teramat.Punyalah plan nak siapkan akaun tapi,makin bertambah stress. Aku rasa nak menangis, menjerit semua ada.

Imbangan duga aku tak seimbang.Dahlah Selasa ni nak kena hantar.Hua.... Rasa macam nak pergi ke satu tempat terpencil lepastu bila keluar je berlaku satu keajaiban akaun aku dah siap.(berangan je lebih). 

Tuesday, December 08, 2015

Hari yang memenatkan.

Assalamualaikum. Kali ini aku nak cerita kisah pagi tadi. Pgi tadi aku ada jamuan kelas di Taman KLCC. Ramai juga yang datang dalam 15 orang ahli kelas, Ustaz Ihsan dengan adik-adik yang kawan-kawan aku bawa. Jamuan ini style 'potluck'. Jadi, setiap sorang bawa makanan dan dikongsi bersama. Aku bawa bihun. Aku datang ke KLCC ni dengan LRT. Pergi dengan Ezryn dan Aisyshah. 

Mula-mula, kitorang jumpa dekat TBS. Kemudian pergi sama-sama ke KLCC. Lama juga perjalanan kami ni. Jenuh kami mencari ahli kelas yang lain. Dahlah dengan kasut aku yang dah nazak tu. Tercabut-cabut kasut aku tu.
-->